Wednesday, March 7, 2012

MPOB pacu kemajuan industri sawit

MPOB pacu kemajuan industri sawit
Oleh Che Johari Mamat
mjohari@mpob.gov.my
2010/06/17

Datuk Dr Mohd Basri Wahid
Datuk Dr Mohd Basri Wahid
TEMU BUAL DENGAN KETUA PENGARAH SEMPENA ULANG TAHUN KE-10 MPOB

MPOB secara rasmi ditubuh pada 1 Mei 2000 melalui Akta 582 yang mengambil alih semua fungsi Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA) yang dibubarkan berkuat kuasa pada tarikh yang sama. Pada 1 Mei lalu genap 10 tahun penubuhan MPOB sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang berperanan mewujudkan objektif, polisi dan strategi memajukan industri sawit negara secara sempurna, teratur dan meningkatkan daya saing minyak sawit di pasaran antarabangsa. Sempena ulang tahun ke-10 MPOB ini, Ketua Pengarah, Datuk Dr Mohd Basri Wahid memperincikan kejayaan dan pencapaian yang meletakkan MPOB sebagai agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) unggul dalam memacu perkembangan industri minyak sawit secara mapan di Malaysia dan juga pada peringkat antarabangsa.
SOALAN: Dalam tempoh 10 tahun penubuhan MPOB, apakah perkembangan yang berlaku dalam industri sawit negara?
DATUK DR MOHD BASRI WAHID:
Dalam masa 10 tahun ini kita dapat lihat dengan jelas perkembangan dan kemajuan dalam industri sawit terutama dari segi pertambahan keluasan hektar tanaman sawit dan peningkatan aktiviti berkaitan industri sawit yang berlesen dengan MPOB.

Keluasan hektar tanaman sawit meningkat sebanyak 1.31 juta hektar, iaitu daripada 3.38 juta hektar yang direkod pada 2000 kepada 4.69 juta hektar pada akhir 2009. Keluasan itu merangkumi 60 peratus keseluruhan keluasan tanah pertanian negara.

Aktiviti berlesen dengan MPOB juga meningkat ketara dan ini menggambarkan kemajuan pesat berlaku industri sawit sejak 2000.

Aktiviti mengilang buah sawit bagi menghasilkan minyak sawit mentah (MSM) bertambah 89 kilang, iaitu dari 351 pada 2000 kepada 440 kilang pada 2009. Begitu juga jumlah pekebun kecil yang menceburi penanaman sawit juga meningkat banyak kerana tanaman komoditi ini memberi pendapatan lumayan.

Pada 2000, hanya 87,715 pekebun kecil terbabit dengan penanaman komoditi ini meningkat seramai 65,045 orang kepada 152,760 orang pekebun kecil pada 2009.


Bagaimana pencapaian pengeluaran dan pengeksportan minyak sawit mentah (MSM) dan produk keluarannya dalam jangka masa itu?

DATUK DR MOHD BASRI WAHID:
Pengeluaran MSM dalam tempoh itu meningkat dengan jumlah yang besar selaras dengan peningkatan keluasan tanaman komoditi itu di seluruh negara. Pada 2000, pengeluaran MSM mencatat 10.84 juta tan, meningkat sebanyak 6.72 juta tan kepada 17.56 juta tan pada 2009.

Jumlah dan nilai pendapatan eksport juga meningkat selari dengan peningkatan pengeluaran. Jumlah eksport 2000 adalah 12.3 juta tan bernilai RM14.8 bilion meningkat kepada 17.56 juta tan dan bernilai RM49.6 bilion.

Minyak sawit dan produk keluarannya dieksport ke lebih 150 buah negara. Pada 2009, China menjadi negara pengimport terbesar minyak sawit Malaysia (4.03 juta tan) diikuti oleh Kesatuan Eropah (1.89 juta tan), Pakistan (1.76 juta tan), India (1.35 juta tan) dan Amerika Syarikat (0.86 juta tan).

Apakah langkah meningkatkan perkhidmatan MPOB bagi memacu perkembangan industri sawit?

DATUK DR MOHD BASRI WAHID:
Antara langkah MPOB ialah meningkatkan perkhidmatan dan tanggungjawab memacu perkembangan industri sawit ialah melalui pembukaan pejabat dan stesen penyelidikan baru dalam dan luar negara terutama di kawasan tumpuan tanaman dan penggunaan minyak sawit.

Pembukaan Stesen Penyelidikan Keratong di Pahang dan Stesen Penyelidikan Belaga di Sarawak membolehkan MPOB menyalurkan khidmat dan maklumat lebih berkesan kepada industri dan penanam sawit berdekatan selain meningkatkan penyelidikan memajukan industri sawit kawasan berkenaan.

Pewujudan Taman Benih Sawit di Stesen Penyelidikan Belaga adalah langkah strategik jangka panjang menghasilkan bahan tanaman berkualiti yang mencukupi untuk memenuhi permintaan penanam sawit di negeri Sarawak, Sabah dan juga negeri di Semenanjung.

Pembukaan Pejabat Cawangan Temerloh (Pahang), Kuala Krai (Kelantan), Miri (Sarawak), Bintulu (Sarawak), Sandakan (Sabah), Tangkak (Johor) bertujuan meningkatkan aktiviti kawal selia bagi memastikan pembangunan industri sawit negara dilaksanakan secara sihat dan mapan.

Pejabat Wilayah Serantau luar negara di Amerika Syarikat, Brussel, Mesir, Pakistan dan China menyediakan khidmat nasihat teknikal mengenai minyak sawit kepada pengguna dan pengimport serta memantau perkembangan pasaran minyak dan lelemak.

Penubuhan PORTSIM (Palm Oil Research and Service Institute of MPOB) Shanghai di China bagi meningkatkan R&D ke atas minyak sawit terutama perkhidmatan analisa teknikal kualiti, pengendalian dan kegunaan sebagai produk makanan sektor minyak dan lemak di China dengan mengambil kira Malaysia adalah pengimport utama minyak sawit Malaysia.

MPOB melalui pejabat serantau luar negara bersama kementerian dan industri mengambil pendekatan termasuk berunding bagi meningkatkan perdagangan dan menangkis tuduhan negatif terhadap industri sawit melalui penjelasan teknikal dan saintifik berkaitan penanaman sawit dan alam sekitar.

Apakah langkah MPOB bagi meningkatkan Daya Saing Industri?

DATUK DR MOHD BASRI WAHID:
Peningkatan daya saing industri berupaya dicapai melalui kecekapan pengeluaran dan peningkatan produktiviti selaras Visi 35:25, iaitu 35 tan buah sawit sehektar setahun dan 25 peratus kadar perahan minyak menjelang 2020.

Tumpuan kini adalah meningkatkan penghasilan buah sawit bagi setiap unit kawasan tanaman melalui penggunaan bahan tanaman berkualiti dan menanam semula pokok sawit tua dengan anak benih berkenaan. MPOB mensasarkan penghasilan minyak sawit lapan tan sehektar setahun dan berkeyakinan sasaran itu dapat dicapai memandangkan keupayaan bahan tanaman hasil kajian dijalankan.

Penggunaan kaedah kultur tisu dan genom diperluaskan bagi pengeluaran bahan tanaman berpenghasilan tinggi disamping penyelidikan meningkatkan kualiti dan keupayaan bahan tanaman sedia ada (DxP) diteruskan. MPOB dengan kerjasama Orion Genomics, Amerika Syarikat berjaya menjujuk hampir 95 peratus gen yang berfungsi dalam genom sawit. Selain bertujuan menghasilkan pokok sawit produktif dan tahan rintangan penyakit, tumpuan juga diberikan kepada penjujukan genom bagi menghasilkan jenis dan spesies sawit yang baru dan belum dijujuk industri.

Khidmat nasihat dan pengembangan juga dipertingkatkan kepada pekebun kecil supaya mengamalkan kaedah pertanian baik dan prinsip sawit mapan selaras dengan kriteria dan prinsip yang ditetapkan oleh ’Roundtable on Sustainable Palm Oil’ (RSPO) dan ’Code of Practices’ (CoP).

Pusat Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit (TUNAS) di seluruh negara pula bertujuan memberi khidmat dan nasihat serta latihan praktikal kepada pekebun kecil. Kelab 30 Tan dan Plot Demonstrasi diwujudkan untuk meningkatkan pengetahuan dalam penanaman sawit.

Selain itu penggunaan jentera perladangan digalakkan bagi mengurangkan pergantungan tenaga kerja asing dan pada sama meningkatkan produktiviti. Penyelidikan MPOB menghasilkan pelbagai jenis jentera bagi kerja penuaian dan pengangkutan bertujuan meningkatkan produktiviti ladang sawit.

Untuk tujuan itu Kursus Operator Mekanisasi Ladang (KOML) diadakan sepanjang tahun dan sehingga kini seramai 202 orang dilatih mengguna jentera di bidang perladangan sawit.

Penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti kilang menghasilkan minyak sawit mentah (MSM) diberi penekanan. Teknologi pensterilan berterusan (continuous sterilization) dan automasi kilang dapat mengurangkan tenaga kerja dan meningkatkan kecekapan kilang terutama peningkatan kadar perahan minyak (OER).

Pembangunan teknologi penggunaan sisa buangan sawit (POME) bagi pemerangkapan gas metana dalam penghasilan sumber tenaga diperbaharui akan menyumbang lestari alam sekitar dan daya saing industri sawit.

Apakah kemudahan penyelidikan yang disediakan MPOB bagi membangun teknologi dan produk untuk meningkatkan daya saing industri?

DATUK DR MOHD BASRI WAHID:
MPOB menyediakan kemudahan R&D untuk menghasilkan teknologi dan produk baru bagi
meningkatkan produktiviti dan daya saing industri meliputi semua sektor iaitu pekebun kecil, ladang, pengilangan, penapisan, kejenteraan ladang, makanan, kosmetik, pencuci, bio bahan api, biomas dan oleokimia.

Loji rintis ’inkubator’ diwujudkan bagi kemudahan menjalankan R&D untuk membangun proses, penilaian formulasi produk dan pada sama menyediakan latihan kepada industri dan pihak swasta bagi pengujian produk atau kaedah bagi tujuan pengkomersialan.

Selain itu MPOB juga ada kemudahan makmal bagi pengeluaran biji benih sawit, makmal tisu kultur, makmal pengecap jarian DNA dan makmal ’Mapping Facilities and Geospatial Products’.

Apakah langkah MPOB bagi industri menghasilkan minyak sawit mapan (Sustainability palm oil).

DATUK DR MOHD BASRI WAHID:
Ke arah meningkatkan pengeluaran minyak sawit mapan dan jaminan produk makanan yang selamat, MPOB memperkenalkan Kod Amalan Baik Industri Sawit (Code of Practices - CoP) pada 2007.

Pelaksanaan CoP yang meliputi setiap rantaian pengeluaran daripada sektor huluan kepada sektor hiliran adalah sejajar dengan keperluan penghasilan minyak sawit mapan bagi meningkatkan daya saing dan imej di pasaran antarabangsa.

Kod Amalan Baik itu membabitkan enam sektor utama, iaitu:

1. Kod Amalan Baik Estet dan Pekebun Kecil.

2. Kod Amalan Baik Kilang Sawit.

3. Kod Amalan Baik Kilang Pelumat Isirung Sawit.

4. Kod Amalan Baik Kilang Penapis Minyak Sawit.

5. Kod Amalan Baik Pusat Penyimpanan, Pengendalian dan Pengangkutan Minyak Sawit dan Minyak Isirong Sawit, dan

6. Kod Amalan Baik Tapak Semaian Sawit.

Pelaksanaan CoP membabitkan penyertaan industri dan proses auditan oleh MPOB bagi pengeluaran sijil. Sehingga kini, 14 peserta industri menerima pensijilan CoP dan dijangka akhir 2010 ini, sejumlah 20 lagi sijil itu akan dikeluarkan.

Antara syarikat perladangan yang menerimanya ialah IJM Sdn Bhd, Far East Trading Sdn Bhd, Sindora Bhd, Keck Seng Sdn Bhd dan Kuwaiti Investment Sdn Bhd.
Minyak sawit yang dihasilkan oleh syarikat yang mempunyai Sijil CoP itu adalah minyak sawit mapan (sustainable palm oil) yang dihasilkan melalui amalan mapan dan memenuhi prinsip dan kriteria yang ditetapkan.

Apakah langkah diambil MPOB bagi menjaminkan keselamatan minyak sawit sebagai bahan makanan.

DATUK DR MOHD BASRI WAHID:
Bagi menangani masalah kebimbangan pengguna ke atas keselamatan minyak sawit sebagai bahan makanan (food safety) dan memenuhi kehendak dan peraturan negara pengimport seperti Kesatuan Eropah, Jepun, Amerika dan lain-lain, MPOB menubuhkan Pusat Keselamatan Makanan.

Pusat Keselamatan Makanan itu dilengkapi dengan makmal untuk menguji bahan cemar, aflatoksin, mikrobiologi dan makmal pembangunan produk. Analisis dilakukan di sini bagi mengesan bahan cemar yang menyebabkan pencemaran ke atas minyak sawit dan membahayakan kesihatan pengguna.

Teknologi dan kaedah yang dibangunkan di makmal ini akan dipindahkan kepada industri untuk diguna pakai bagi memastikan minyak sawit yang dihasilkan bebas dari bahan pencemaran dan selamat sebagai bahan makanan.

Bangunan pusat ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2010 ini akan meningkatkan keupayaan MPOB memastikan jaminan keselamatan produk sawit yang dieksport dan sekali gus meningkat penerimaan dan keyakinan pengguna ke atas minyak sawit di pasaran global.

Bagaimana MPOB menangani masalah tanaman sawit di tanah gambut?

DATUK DR MOHD BASRI WAHID:
Penanaman sawit di tanah gambut mendapat perhatian pelbagai pihak khususnya aktivis alam sekitar luar negara berkaitan pemuliharaan biodiversiti dan keseimbangan karbon yang menyumbang peningkatan gas rumah hijau.

Bagi pembangunan kawasan tanah gambut secara mapan, MPOB menubuhkan Institut Penyelidikan Gambut Tropika (TROPI). Kajian agronomi dan amalan pertanian baik MPOB mengenai penanaman sawit di kawasan tanah gambut akan menjadi rujukan kepada industri bagi peningkatan produktiviti sawit dan pemuliharaan biodiversiti kawasan tanah gambut.

Apakah kepentingan bagi industri Kajian Kitaran Hayat (Life Cycle Assesment - LCA)?

DATUK DR MOHD BASRI WAHID:
MPOB menjalankan LCA bagi pengumpulan data aktiviti industri dan kesan kepada alam sekitar. Kajian LCA dijalankan meliputi dari sektor huluan kepada sektor hiliran membabitkan sektor tapak semaian, ladang, kilang sawit, kilang penapis, kilang pelumat isirung dan pengeluar biodiesel.

Pengumpulan maklumat saintifik berkaitan LCA dalam industri sawit akan dapat meyakinkan negara pengimport mengenai amalan pengeluaran mapan yang dipraktikkan oleh industri sawit sekali gus meningkatkan imej industri di peringkat antarabangsa.

Data ini bagi memastikan maklumat mengenai sawit yang terkandung dalam perundangan terutama di Eropah dan Amerika Syarikat adalah sahih dan tidak memudaratkan kepentingan industri sawit.

Pada masa yang sama industri sawit tertakluk kepada peraturan MPOB dan Akta Alam Sekitar bagi memastikan pemuliharaan alam sekitar, kepelbagaian biologi, flora dan founa melalui pembangunan mapan.

Penanam sawit perlu mematuhi syarat dengan menyediakan;

1. Kajian impak alam sekitar bagi penilaian alam sekitar.
2. ’Buffer zones’ koridor hidupan liar dan ’riparian strips’, dan
3. Mengamalkan pembakaran sifar untuk meningkatkan kesuburan tanah dan pemuliharaan fungsi kepelbagaian mikrob.

Apakah pula yang dikaitkan dengan penghasilan produk bioaktif?

DATUK DR MOHD BASRI WAHID:
Penyelidikan MPOB dalam bidang makanan dan pemakanan berjaya meningkatkan penggunaan minyak sawit. Satu daripadanya produk bioaktif bagi penghasilan phytonutrient dan produk farmaseutikal.

Penemuan saintifik khasiat phytonutrient minyak sawit ini berupaya merencat penyakit barah, penyakit jantung, diabetes dan penyakit kronik lain. Tocotrienol pula, selain daripada berperanan antioksida juga berupaya meningkatkan tindak balas dalam badan dan melindungi otak daripada kecederaan disebabkan strok.

Penyelidikan bersama MPOB dengan Universiti Ohio Amerika Syarikat mendapati tocotrienol sawit cepat menyerap ke dalam organ utama seperti otak, jantung, paru-paru dan kulit. Penemuan penting tokotrienol dalam menahan kerosakan otak menunjukkan potensi utama tokotrienol sebagai ejen terapeutik dalam dunia perubatan.

Jelaskan kemajuan yang dicapai berkaitan R&D Biodiesel dan Tenaga Diperbaharui?

DATUK DR MOHD BASRI WAHID:
Pada 2005, MPOB berjaya memindahkan teknologi pengeluaran biodiesel sawit iaitu biodiesel gred biasa dan biodiesel gred musim sejuk kepada tiga syarikat tempatan.

Setakat ini, enam kilang yang mengeluarkan biodiesel sawit gred biasa berkapasiti 60,000 tan sehingga 120,000 tan setahun dan tiga kilang biodiesel gred musim sejuk dengan kapasiti 30,000 tan setahun dibina berpandukan teknologi MPOB.

Projek ini menjadi pemangkin kepada pembangunan industri biodiesel negara dengan eksport sebanyak 227,457 tan bernilai RM605.8 juta pada 2009. Penggunaan biodiesel dalam jumlah yang besar ini dapat mengurangkan stok minyak sawit dan mempertahankan harga minyak sawit pada paras yang lebih tinggi.

Penyelidikan MPOB berjaya menghasilkan teknologi pengeluaran bio bahan api (Methyl ester) dan adunan bersama petroleum diesel dengan minyak sawit mentah dan minyak sawit olein.

Teknologi pengeluaran biodiesel yang dihasilkan oleh MPOB adalah setanding dengan teknologi luar negara dan pada 2009, sebanyak 28 permohonan kilang biodiesel dengan kapasiti 2.7 juta tan setahun diluluskan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bagi penghasilan biodiesel untuk tujuan eksport.

MPOB menggalakkan industri terutama pengilang pemprosesan minyak sawit membina loji pemerangkapan gas metana daripada sisa buangan sawit dan penggunaan tandan buah kosong bagi menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan kilang atau dibekalkan kepada grid tenaga. Langkah mesra alam ini berupaya mengurangkan pelepasan GHG yang menyebabkan pemanasan dunia.

MPOB juga meningkatkan penyelidikan bagi penghasilan tenaga generasi kedua untuk menjana tenaga daripada sumber biojisim. Ini termasuklah penghasilan bioethanol, bioils dan briquettes.

Kemajuan R&D biojisim yang dicapai setakat ini. Mohon Datuk jelaskan?

DATUK DR MOHD BASRI WAHID:
Pokok sawit hanya menghasilkan 10 peratus minyak daripada pemprosesan buah tandan segar manakala 90 peratus lagi adalah bahan biojisim yang terdiri dari batang, pelepah dan tandan buah kosong. Bahan biojisim sawit yang ada di ladang dan bahan buangan kilang (POME) masih belum dimanfaatkan sepenuhnya bagi pengeluaran produk yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Pusat Teknologi Biojisim di Stesen Penyelidikan MPOB/UKM Bangi yang dilengkapkan dengan teknologi terkini menyediakan kemudahan penyelidikan kepada industri dan usahawan tempatan bagi pengeluaran produk kayu berasaskan biojisim sawit untuk pengkomersilan.

Penyelidikan MPOB menghasilkan produk berasas biojisim sawit seperti perabut, papan lapis, produk ketumpatan sederhana (MDF), komponen automatif, kertas dan agrolumber.

Kemajuan bidang Oleokimia. Jelaskan?

DATUK DR MOHD BASRI WAHID:
Bahagian Penyelidikan Kemajuan Oleokimia MPOB (AOTD) yang menjalankan kajian oleokimia sawit berjaya menghasilkan produk nilai tambah dan berupaya menjana pendapatan.

Bahagian ini dinaikkan taraf dari sebuah unit memandangkan sektor oleokimia adalah satu sektor utama dalam membangunkan industri sawit pada masa akan datang.

Pengeluaran produk tambah nilai yang dihasilkan dari sumber oleokimia sawit dikomersilkan. Antara produk yang dikomersilkan adalah produk kosmetik, bahan aktif surfaktan untuk pencuci, produk poliol, poliurethana untuk carpet under lay dan kusyen tempat duduk kereta, busa poliurethana tegar untuk hiasan bangunan dan produk agro kimia seperti racun perosak sawit.

Penyelidikan giat dijalankan bagi menghasilkan formulasi dan produk baru yang berupaya menjana pendapatan industri dan membuka peluang perniagaan kepada syarikat tempatan seperti industri kecil dan sederhana (IKS).

Latihan dianjur oleh MPOB bagi meningkatkan kecekapan industri. Mohon Datuk jelaskan?

DATUK DR MOHD BASRI WAHID:
MPOB menganjurkan latihan secara berkala bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan pihak terbait dalam industri sawit dan tenaga kerja tempatan. Ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan modal insan yang terlatih dan cekap bagi menjana pembangunan ekonomi negara.

Bagi merangsang pembangunan modal insan dalam industri sawit, MPOB memperuntukkan RM1 juta setahun untuk peningkatan keupayaan sumber manusia melalui latihan dalam pelbagai bidang berkaitan dalam industri sawit.

Tahun 2005-2009, sejumlah 11,839 orang peserta industri dan peserta luar negara yang mewakili 105 syarikat daripada 67 buah negara yang mengikuti persidangan, seminar dan latihan yang dianjur oleh MPOB.

Kerajaan melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri menyediakan peruntukan kepada MPOB untuk pembangunan Pusat Latihan Sawit (PULAPES) di Keratong, Pahang. PULAPES bertujuan melatih dan memberi kemahiran kepada industri sawit dengan penekanan khusus kepada pekebun kecil.

Antara latihan / kursus dilaksana oleh MPOB;

1. Kursus Operator Mekanisasi Ladang.
2. Kursus Kemahiran Menggred Buah Tandan Segar
3. Diploma Pengurusan dan Teknologi Kilang Minyak Sawit
4. Diploma Intensif Pengurusan dan Teknologi Sawit.
5. Kursus Penyiasat / Pengukur Produk Keluaran Sawit.
6. Kursus Penyelia Kilang Minyak Sawit.
7. Kursus Pengendali Makmal Kilang Minyak Sawit.
8. Kursus Bengkel Kilang Minyak Sawit.
9. Kursus Pengurusan dan Penyelenggaraan Tapak Semaian Sawit,
10. Kursus Kosmetik Berasas Sawit.
11. Kursus Pengurusan Ladang Sawit.
12. Kursus Pengenalan Pemasaran Minyak Sawit.

2 comments:

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
    �� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete
  2. Casino Roll
    If you are a gambler, you are a casino player, not a gambler. xbet You are playing 토토 사이트 신고 for 실시간 스포츠 스코어 fun. This is because a casino game is not for the gambling public, 네이버 룰렛 it 강원 랜드 여자 노숙자 is

    ReplyDelete